Sunday, February 1, 2009

HUKUM DOAKAN KEMUSNAHAN ISLAM

– Tanya yang Afdal, Fikirlah sendiri

Masihku ingat Doa Pesuruhjaya PAS Johor, intronya sungguh lunak dengan bahasa Arabnya. TAPI di dalam Melayunya cukup MEMERANJATKAN hati orang-orang Islam termasuk penyokong PAS sendiri. Antaranya……

………“Ya Allah, kau menangkanlah calon kami dan kau musnahkanlah musuh yang kami tentang, orang-orang kafir…….”

……. AKU BUKAN ISLAMKAH kalau tak sokong PAS…….

Bukan saja saya tetapi beberapa penyokong tempatan PAS turut terkejut dengan laungan doa dari ‘heler’ tersebut. Tetapi apo nak dikato, mereka tetap menadah tangan (dengan muka yang hairan dan tertunduk) hingga habis doa untuk memohon kemenangan bagi orang Islam PAS menentang KAFIR UMNO.

Taqbir………..ALLAHUAKBAR

Sebagai orang Islam yang kurang tinggi pendidikan agama, saya diajar untuk tidak mendoakan kemusnahan umat Islam yang lain. Rasulallah hanya berdoa dibukakan pintu hati orang kafir supaya menerima dan memeluk Islam bukannya kemusnahan orang Islam yang lain. Inilah contoh ajaran Islam PAS sebenar.

Islam atau tidak bukan manusia yang tentukan,
Syurga dan Neraka bukan manusia yang berikan
Halal dan Haram, Wajib, Sunat dan Makruh telah termaktub di dalam Al Quran

Undi PAS masuk Syurga
Ajaran Islam mana yang tentukan Syurga untuk PAS,

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT

Penyokong PAS yang terlalu taksub tetapi tidak menyedari diri terjerat dengan kata-kata keramat ini, maka ramailah yang berani mempertontonkan di kenderaan masing-masing.

Gambar Tuan Guru Nik Aziz di jaja dengan bangganya………….tapi bagi peminat ROCK KAPAK tak ubah macam promosi album Metallica, ……and Justice For All… Rasanya ide ni datang dari peminat fanatik Metallica yang mahukan Tuan Guru Nik Aziz terkenal macam kumpulan ini.

YAB Menteri Besar Perak pula tidak pernah membangkitkan isu Hukum Hudud dan Negara Islam, hanya kerajaan yang berkebajikan untuk rakyat yang menghuni kampung-kampung baru yang sedarah sedaging dengan keturunannya. Cakap biarlah jelas, di manakah kebajikannya untuk orang-orang Melayu. Mungkin PAS Perak guna album Metallica, Master of Pupet, MB diguna sebaiknya untuk kepentingan sebahagian rakyat sahaja.

Petani, pekebun, peladang, penternak, nelayan, peniaga kecil-kecilan, peniaga makanan bawah pokok, penjual gorang pisang dan air tebu tepi jalan, mereka marah dengan janji yang diberikan kerana mereka masih disitu. Sama seperti sebelum PAKATAN berkuasa.

Tipah tertipu kerana nama
Pakatan berkuasa kerana dusta
Melayu kecewa kerana dianiaya
Bangsa lain riang ketawakan kita

HA HA HA

Pekebun sayur, penternak babi, pelombong bijih tersenyum menanti diberikan geran hakmilik kekal oleh YAB MB yang mereka kasihi

No comments: