Monday, December 22, 2008

ANTARA KEKUASAAN DAN PERJUANGAN

Masih hangat lagi manifesto Pilihanraya Pakatan Rakyat yang mahu perjuangkan hak-hak rakyat sebelum BERKUASA, manakala selepas tercapai hajatnya maka segala manifesto diciptakan pula berbagai alasan untuk TIDAK perjuangkannya.

Inilah hakikat sebenar yang terus menerus diperlihatkan oleh Kerajaan PAKATAN di Perak contohnya, selepas banyak tanah-tanah dan kelonggaran lain diberikan kepada pihak yang banyak memenangi kerusi DUN, maka kerajaaan BONEKA PAS berterusan memberikan segala macam insentif yang kononnya untuk pembangunan rakyat jelata.

EXCO semacam melepaskan dendam untuk tidak menggunakan kereta buatan Malaysia. Toyota Camry 2.4 menjadi pilihan untuk kegunaan rasmi Kerajaan PAKATAN. Menafikan hak Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi adalah satu penafian hak kepada rakyat Malaysia untuk membantu memajukan lagi industri kenderaan tempatan.

Kalau dikritik kerajaan PAKATAN, akan dijawab masih baru memerintah MAKA industri kenderaan tempatan juga masih baru untuk bersaing dengan teknologi dan kemajuan yang dicapai oleh industri negara Matahari Terbit ini. DAN kenderaan Toyota Camry 2.4 ini telah pun ditolak cukai & eksais jika digunakan oleh kerajaan. DI MANAKAH pendapatan untuk kerajaan Malaysia yang YAB Perak katakan, kami bukan budak sekolah yang tak tahu hujung pangkal cerita sebenar dan kebenaran akan terbukti akhirnya.

Jelas sekali matlamat untuk membantu rakyat TIDAK terlaksana jika KUASA yang ada digunakan untuk kepuasan individu.

KERETA : percuma
MINYAK : percuma
PEMANDU : percuma
SERVICE : percuma

Negara kebajikan HANYA UNTUK..............................
wakil rakyat yang PERJUANGKAN RAKYAT

RAKYAT hanya digunakan untuk BERJUANG
WAKIL RAKYAT menggunakan rakyat untuk BERKUASA

KEMBALIKAN KUASA RAKYAT YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT

..........................bukan kerajaan rakyat.............................
tapi...............perjuangan untuk..........................rakyat

Tuesday, November 25, 2008

DARI KANDANG HENDAK KE LADANG

REFORMASI, REFORMASI, REFORMASI,

Selangor 'dah confirm'
Kedah 'on the way'
Perak 'on planning'
Kelantan 'kawe tok se'
Penang 'we buy only'

Ke arah memodenkan sektor penternakan haiwan-haiwan kesayangan PAKATAN ini maka negeri-negeri dibawah PAKATAN seolah-olah bersepakat memberikan hadiah yang sama kepada RAKYAT.

Kawasan tumpuan dikampung-kampung Melayu, SEBAB majoriti penyokong Melayu mahukan ladang BABI menggantikan kandang Lembu. Tak perlu marah sesiapa, hadiah diberi sebagai ganjaran mengundi PAKATAN.

Sebelum mati pesan pada anak-anak, buangkan najis kamu atas kubur bapak @ mak kerana ladang ini hasil usaha kami mengundi PAKATAN. Kami yang memilih, JANGAN marahkan orang lain.

Hidup kami nak senang, tiap pagi hingga ke petang sembang dikedai kopi. Bincang nak hidup senang tapi maleh nak koje. Kutuk orang sana-sini, semuanya salah. Diri sendiri saja yang betul. Itulah penyokong PAKATAN.

Yang kecil kita besarkan
Yang lama kita baharukan
Yang kuno kita modenkan

Dari Kandang-kandang kita Ladang-ladangkan

Hidupkan BABI untuk PAKATAN

Wednesday, November 19, 2008

SATU LAGI HADIAH KEPADA RAKYAT KEDAH

Terima kasih kepada Exco-exco yang telah meluluskan tapah seluas 162 Hektar tanah kepada projek Penternakan BABI kedua di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sentiasa berterima kasih, inilah hadiah yang dinanti-nantikan, Ladang Termoden KHINZIR ke dua di NEGARA ISLAM CONTOH DUNIA.

Apa lagi yang perlu dirisaukan, semuanya untuk pembangunan RAKYAT. RAKYAT yang memilih maka RAKYAT yang wajib menerima.

Tiap tahun bekalan Lembu korban TAK PERNAH CUKUP tapi masalah ini hanyalah masalah kecil orang-orang Islam, maka tak perlu dibawa ke Mesyuarat Exco. Tak perlu jaga hati dan kehendak orang Islam kerana masalah TAK APA, kita beli dari negara luar.

300 meter saja jauh kawasan ternak dengan perumahan antara syarat ladang termoden ini. Di JAMIN tiada bau yang akan terlepas.

Wah Wah Wah Wah
Bijak sungguh YAB Menteri Besar Kedah ini
Mahu ikut YAB Menteri Besar Selangor yang moden
kita bina sama-sama Ladang ini

Jangan Tinggalkan Teman
YAB Menteri Besar Perak berkata
Teman nak halau orang Penjara Kamunting & Kuncu-kuncu ISA
Teman bina satu lagi Ladang di Perak juga YOP

TERIMALAH HADIAH DAN ANUGERAH DARIPADA KAMI
KERAJAAN PAKATAN DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Emas lebih berharga dari Intan
Kaca lebih berharga dari Mutiara
BABI lebih berharga dari Lembu

Semuanya Benar

Lebih baik pertahankan hak orang lain daripada hak kaum sendiri.......??

Monday, November 17, 2008

TERUSKAN MENYERANG WAHAI KERAJAAN PAKATAN

Rakyat yang telah tertipu hanya diam membisu dengan gelagat kerajaan PAKATAN pilihan mereka. Pembentukan kerajaan persekutuan yang baru hanyalah helah menarik undi. 40 nama wakil politik BN yang akan melompat ke Pakatan pun sudah menjadi helah basi. Tarikh 16september pun helah basi YANG MASIH DITUNGGU oleh pengundi nyang telah ditipu. Masih lagi berharap KETUA KERAJAAN PAKATAN ada helah lain untuk menumbangkan Kerajaan pimpinan Pak Lah. Tunggu jangan tak tunggu................

Kelulusan Projek ternakan MEGA BABI di Selangor, Pemecatan Pengarah JAIP di Perak, Cadangan buka UiTM kepada Non Bumi, Perlantikan Non Malay menjadi Pengerusi PKNS, Cadangan memindahkan Penjara Kamunting (Perak) ke negeri lain adalah antara hadiah yang diberikan kepada rakyat-rakyat yang perihatin dengan perjuangan Kerajaan Pakatan.

Isu ISA diperbesarkan seolah semua rakyat TERSANGAT SAYANG akan negara Malaysia. Jika tidak masakan seorang pelajar sanggup mengubah lirik dan musik lagu NEGARAKU hanya untuk berhibur. Ada yang sanggup membakar bendera di Terengganu hanya kerana marah.

Kita tidak perlu risau jika kehidupan kita seperti mana hidup rakyat biasa. Hanya golongan yang mahu menjatuhkan negara dan mahu keamanan Malaysia direntap oleh kuasa lain saja yang perlu risau akan akta ini. KENAPA KITA PERLU DITIPU LAGI. Kenapa rakyat terus digunakan sebagai alat kepentingan politik yang bodoh dan jahil ini. Atau sememangnya penyokong PAKATAN BODOH-BODOH BELAKA.

FIKIRLAH KERANA KAMU SENDIRI KHALIFAH DI BUMI TERCINTA INI
FIKIRLAH KERANA KAMU KETUA KELUARGA YANG MENGHARAPKAN KAMU
FIKIRLAH KERANA KAMU PEMBENTUK MASA DEPAN & ANAK-ANAK
FIKIRLAH KERANA KAMU ..........YANG MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA

AMAN ATAU HURUHARA adalah KERANA FIKIRAN KAMU........ akal yang waras....

fikirlah untuk masa depan anak-anak keturunanmu
hanya kuasa politik saja yang kita ada

MELAYU takkan hilang di dunia ................. Hang Tuah
MELAYU hanya jadi hamba di negara sendiri jika tiada kuasa..........BABI JANTAN

Thursday, October 30, 2008

BERSYUKURLAH DENGAN REZEKI MINYAK

Masih lagi tak insaf apabila kebanyakan dari tahun-tahun pembesaran sendiri dan anak-anak dibesarkan daripada hasil subsidi daripada PETRONAS. Sejak tahun 1974 jumlah pemberian cukai, royalti, duti eksport dan dividen sebanyak RM357.85 billion telah diberikan kepada kerajaan. Jumlah sebanyak inilah digunakan untuk pembangunan pendidikan kita dan anak-anak, penyediaan kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik, ubatan-ubatan serta pembangunan yang kita kecapi selama ini. ( Jalan raya, balairaya, lampu jalan, longkang, jambatan, bas, keretapi, sekolah rendah, menengah, universiti dll......)

Tak kira di kampung, pekan atau bandar semua lapisan masyarakat merasai nikmat kehidupan hasil sumbangan PETRONAS. Masih sebagai manusia yang telah dijadikan dengan sifat bernafsu untuk merasai nikmat kesenangan dan tidak mahu susah maka, sifat bersyukur hanyalah ungkapan di bibir semata bukannya daripada hati yang ikhlas atas nikmat yang telah dinikmati.

Zaman sekarang manusia lebih suka mengatakan kesilapan dan kesalahan daripada membandingkan apa-apa kebaikan yang telah diperolehi selama ini. Kesalahan orang lain diperbesar dan disebarluaskan manakala pemberian dan nikmat yang diperolehi tidak dipandang langsung barangkali.

Manusia-manusia yang TIDAK MAHU bersyukur dengan nikmat yang diperolehi wajar dinilaikan semula diri sendiri daripada mengatakan orang lain. Harga minyak bukan kita yang tentukan, harga pisang goreng bukan peniaga yang tentukan, harga pucuk paku, lemang dan ketupat bukan kita yang tentukan juga. Kalau barang yang dihasilkan dalam kampung sendiri pun bukan kita yang menentukan harganya maka gunakanlah kebijaksanaan akalmu untuk menilai segala apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah. Jika Amerika sendiri yang KAYA RAYA pun tidak MAMPU menentukan kestabilan ekonominya maka fikirkanlah beberapa kali keupayaan negara Malaysia untuk menghadapi situasi yang melanda seluruh dunia jika kita sendiri yang tidak bersedia dan bersepakat menghadapinya.

Lembu NAIK MINYAK, Lembu TUMBANG
Kerbau NAIK MINYAK, Kerbau TUMBANG
Negara NAIK MINYAK, ...........................................adakah kita mahu negara tercinta akan tumbang jika kesepakatan sudah tiada untuk menahannya

Fikirlah untuk kebaikan Agama, bangsa dan negara serta ANAK-ANAK KITA

Tuesday, July 15, 2008

ANTARA POPULAR DAN REALITI

Hampir semua ahli politik dan sebahagian rakyat di Malaysia melihat dan menghayati debat SATU DALAM SERIBU malam tadi antara wakil rakyat BN YB Dato' Sabry Chek dan Penasihat Parti Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Berhujah dan menyatakan kaedah perancangan berkaitan harga minyak dalam masa satu jam cukup untuk menilai kewibawaan dan perancangan masing-masing untuk mengatasi masalah tersebut dan memenangi hati rakyat.

Dato' Sabry menyatakan fakta yang cukup jelas tentang peranan kerajaan yang utama iaitu meringankan beban rakyat secara keseluruhannya manakala Dato' Seri Anwar pula cuba menerangkan kaedah yang masih samar-samar untuk menangani masalah yang melanda seluruh dunia sambil DENGAN NADA SINIS menyatakan kerajaan BN yang kurang bijak menangi isu tersebut.

Rakyat harus menyedari tiada kerajaan di dunia yang mahu melihat rakyatnya hidup dalam situasi yang kurang menyenangkan walaupun sesuatu keputusan yang diambil boleh menyebabkan keadaan kurang popular di kalangan rakyat. Kerajaan memperjuangkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi pemimpin itu sendiri.

Ketika krisis matawang melanda, Dr. M berpesan kepada Dato' Seri Anwar supaya tidak menaikkan kadar faedah sebelum berangkat ke Jepun. Bagaimanapun keesokan harinya kadar faedah di umumkan naik atas arahan Dato' Seri Anwar. Jika kadar faedah naik, orang ramai akan marah kerana jumlah hutang akan meningkat manakala perniagaan akan dilakukan secara berhati-hati akibat kenaikan kadar faedah tersebut.

Mengikut hukum ekonomi, jika sesebuah negara cuba melawan arus perubahan ekonomi dunia keadaan ekonominya akan bertahan dalam waktu yang singkat dan akan terus merudum ke tahap yang paling teruk dan tidak dapat dibayangkan. Pemulihan pula memerlukan kos yang tinggi untuk dibayar oleh rakyat serta akan mengambil waktu yang lama.

Lihatlah negara jiran Indonesia yang meminjam IMF ketika krisis matawang tersebut. Berapa ramai rakyat yang menderita, berapa ramai anak-anak yang mati kelaparan, berapa lama masa yang diambil untuk memulihkan kembali kestabilan negara. Di mana maruah pemimpin jika perancangan negara diserahkan kepada IMF untuk mentadbir negara. Di mana letaknya kedaulatan dan suara rakyat jika pemimpin yang mereka harapkan tidak mempunyai kuasa langsung merencanakan kembali pembangunan negara sendiri.

Sedarlah yang manusia dianugerahkan akal untuk berfikir ke arah kebaikan.
Tiada pemimpin yang mahu menjatuhkan Agama, bangsa dan negaranya sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Pilihlah
untuk lena seketika
atau
susah sementara

Sunday, July 6, 2008

KETUA NON MALAY VS KETUANAN MELAYU

Setiap perjuangan mempunyai pejuang dan asas yang memperjuangkannya. Pada awal penubuhannya, UMNO diperjuangkan untuk memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu sebagai asasnya di samping kesucian Kesultanan Melayu dengan watak utama sebagai asanya adalah orang-orang Melayu. Penubuhan awal PKR juga berasaskan sokongan orang-orang Melayu dengan matlamat asas membebaskan Pemimpin dari penjara dan perjuangan hak-hak orang Melayu.

Perjuangan awalnya UMNO di Istana Sultan Johor manakala PKR di Jalan-jalan raya dan masjid Jamek Kuala lumpur sebagai petanda ia memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan sokongan daripada orang-orang Melayu. UMNO ditawarkan di Istana sebagai permulaan kerana matlamat dan sokongan asasnya daripada orang-orang Melayu, PKR juga mahu mendapatkan sokongan orang-orang Melayu maka Masjid dijadikan tempat awal menyatakan pendirian bagi menarik minat orang-orang Melayu.

Dulu, Kini dan Selamanya menjadi simbolik perjuangan untuk orang-orang Melayu dari awal hingga kini. Reformasi pula menjadi bahan asas laungan PKR. PRU 12 menjadi kayu ukur sokongan orang-orang Melayu terus menyokong UMNO, PKR mendapat bantuan NON MALAY untuk menguasai beberapa negeri.

Sejarah kerajaan Islam zaman Khulafa Al-Rasyiddin menunjukkan orang-orang Islam sebagai asas segala pentadbiran dan keputusan negara, sama dengan yang diamalkan oleh negara Malaysia. Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak TIDAK mempunyai asas ini. Walaupun Selangor dan Perak mempunyai YAB Melayu tetapi sebarang keputusan TIDAK boleh dibuat oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam yang awalnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Asas perjuangan yang PKR telah jauh menyimpang kerana mahukan kuasa politik mentadbir negara. DEB dihapuskan bagi menarik sokongan pengundi NON Malay. Bila NON Malay lebih ramai jadi Exco maka keputusan mesyuarat akan ditentukan oleh NON Malay. Senang ceritanya NON Malay yang menguasai dewan-dewan di negeri yang mereka tadbir. Bagi yang pernah dan sedang bekerja dengan majikan NON Malay mereka merasa bahananya kecuali majikan yang betul-betul sayangkan aset iaitu pekerja.

Maka mereka yang berjuang bersama PKR, WAJIB memikirkan jika benteng untuk pertahankan hak-hak orang Melayu ini dihapuskan. Penyokong PKR juga WAJIB memikirkan bahawa kekurang ajaran terhadap hak-hak orang Melayu dan Institusi Kesultanan dimulakan oleh pemimpin yang mereka perjuangkan untuk menjadi PM Malaysia.

Fikirlah matlamat ASAS ini sebelum laungkan perjuangkan menyokong siapa yang anda mahukan.....

Tuesday, June 24, 2008

MEGAHNYA HINA ISLAM & MELAYU, TINGGINYA AZAM SOKONG KUFAR

YAB MB Selangor, Perak dan Kedah terang-terangan menolak Islam Hadhari dan terang-terangan juga menyatakan TIDAK akan menubuhkan negeri Islam. Bila institusi raja dicabar, YAB MB Perak berdiam diri. Bila ditanya bilakah akan menegakkan undang-undang Islam di Kedah, YAB MB Kedah juga diam. MB Selangor tak yah tanya pun tak pe.

Bila cadangan meneruskan projek ternakan BABI di Selangor oleh DAP, MB Selangor sokong, PAS lagi ke depan mempertahankannya sambil mengHARAMkan Islam Hadhari. Pembinaan masjid yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu juga telah diBATALkan kerana tidak mahu nama harum kerajaan terdahulu diteruskan.

Penduduk yang telah bertahun berharap untuk beribadah di tempat yang lebih selesa mungkin tidak kesampaian. Pelan, peruntukan dari pusat dan kelulusan lain semua telah diperolehi maka tiada masalah lagi. Inilah perjuangan PAS dan PKR yang takut dengan tuntutan DAP yang akan tarik diri jika tidak ikut cakap mereka. Matlamat negara Islam yang KONONnya diperjuangkan oleh PAS hanyalah helah politik untuk mendapat undi kerana perjuanganNYA ISLAM @SELAM
JIKA mereka betul-betul perjuangkan ISLAM maka mati syahid adalah matlmatnya tapi ... lu fikirlah sendiri .......... 50 tahun menunggu nak perintah dan nak bergelar YB @ YAB

Bila YAB MB Perak bercakap dikhalayak ramai, penyokong PR terus bersorak kerana sekarang mereka bebas berceramah sebab dinaikan taraf dari penceramah bebas. Ucapan hanya untuk menyedapkan hati orang-orang Melayu tapi DAP terus menukar itu dan ini bagi kesenangan mereka. Nak berkongsi dengan orang Melayu @ menukarkan kepada negara Islam, LANGKAH MAYAT KU DULU.... ( Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ). Maka biarlah MELAYU-MELAYU ini menang sorak biar semuanya tergadai.

Bila Karpal Singh bercakap menentang Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu dan mencabar Institusi Raja, barisan YB-YB dari Pakatan Rakyat diam aje. Tak berani nak lawan. Sopan santun tatasusila Melayu yang dipraktiskan sejak turun temurun dituruti. Biar Melayu hilang semuanya bagi kepada rakyat. Apakah mereka sedar yang mereka jaguh dikedai kopi sahaja. Rakyat tu siapa!!!! Melayu dah kuat ke nak bertanding dengan kaum lain.

Melayu takut kerana ramai YB DAP peguam, maka tutup mulut adalah jalan terbaik bagi Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim bercita-cita jadi PM bulan September ini. Mat Sabu dan Karpal Singh yang pertama mahu membuka skandal Anwar pada 1998 telah menjadi penyokong kuat beliau. Mat Sabu sebagai Tong Kosong tak payah diambil peduli, bertanding pun kalah, Karpal Singh menyokong kerana ada sebab lain.

DITAKDIRKAN Anwar Ibrahim jadi PM, semua tuntutan DAP akan dituruti kerana banyak sangat bukti yang ada pada beliau untuk menggugut Anwar. Pada waktu itu, orang-orang Melayu tak perlu risau kerana semuanya telah tergadai, perjuangkanlah Parti Rakyat untuk kesenangan sekarang, biarlah anak cucu kencing@berak dikubur kita kerana marahkan kesenangan pada hari ini.

Isu Minyak naik, semua marah tapi sedarkah kita.......

BILA BAPA SENANG, SEMUA ANAK-ANAK MEMUJI,
BILA BAPA SUSAH ADAKAH ANAK-ANAK TAK BOLEH SAMA-SAMA MENANGGUNGNYA

Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor dengan tiada kesalahan kerajaan terdahulu didedahkan. Pegawai khasnya pula diarahkan bercuti 2 bulan ( sebelum meletak jawatan ) kerana terlibat dengan pemberian kontrak secara terus kepada syarikat kroninya dan MB baru menyatakan tiada pemberian kontrak secara terus dilakukan sebelum BPR mengumumkan hasil siasatannya.

Di Perak pun perkara yang hampir sama berlaku, pada sidang Dewan Undangan Negeri baru bersidang pagi ini, Exco menyatakan pemberian bantuan makanan dan wang kepada rakyat miskin tegar dan ibu tunggal dibagi secara kontrak. Manakala YAB MB pula menyatakan kontrak diberi secara terus kepada 2 syarikat. Desakan daripada Exco BN untuk mengetahui syarikat mana yang memperolehinya ...... NO ANSWER ....

Inilh kerajaan telus yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat,
Bila kuasa ditangan, janji dilupai
Bila kuasa ditangan, biarlah jadi boneka
Bila kuasa ditangan, macam-macam boleh buat
Sudah 50 tahun menunggu, BILA KUASA SUDAH DITANGAN

Monday, June 16, 2008

TERHALALNYA kandang BABI & TERHARAMNYA ISLAM HADHARI

Dengan rasa ANGKUH, BONGKAK DAN SOMBONGNYA Exco Agama Selangor Dr. Hassan Ali telah mengharamkan Islam Hadhari berkuatkuasa serta merta kerana baginya penggunaan Islam Hadhari itu banyak mengelirukan umat Islam di Selangor. Orang-orang MELAYU ISLAM bersorak kerana pengharaman tersebut. Exco ini juga menyokong penuh projek ternakan Sepang International BABI FARM yang bernilai RM100 juta dan sekali lagi orang-orang MELAYU ISLAM menyokong penuh perlaksanaan projek tersebut.

Ketiga-tiga parti yang menganggotai Parti Rakyat begitu yakin kerana kesannya adalah untuk rakyat yang selama ini menyokong penuh perjuangan untuk RAKYAT SELANGOR. Terima kasih Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah meluluskan pelaburan dari luar tersebut untuk meningkatkan ekonomi rakyat Selangor. UNTUNGNYA untuk semua rakyat yang memakan daging BABI HALAL tersebut.

Orang-orang MELAYU ISLAM tidak perlu berpindah kerana akan memudaratkan ekonomi mereka, MAKA ambillah peranan yang aktif bagi keuntungan anak cucu akan datang kerana pendapatannya HALAL jika kebersihan lahiriah mengikut standart antarabangsa.

Marilah PEMIMPIN-PEMIMPIN besar Parti Rakyat Selangor kita berikan yang terbaik untuk generasi akan datang supaya mereka TIDAK mengenal yang mana asal usul mereka, HALAL & HARAM hanya perjuangan sementara untuk menjual, menggadai dan apa saja demi mendapatkan kuasa memerintah Selangor dan Malaysia. SYABAS RAKYAT SELANGOR DAN MALAYSIA.
11 Jun 08, 12:06anak sedar: ini agenda tersembunyi...percayalah bhw pembangkang akan tarik balik proj ini untuk menunjukkan kebaikan mereka.untuk 3 tahun lagi melayu akan lupa 'jenayah pembangkang ini.....sedarrrlah
11 Jun 08, 10:00hamba sedar: kenapa nak besar-besarkan isu.masa korang dulu tak pe plak...
11 Jun 08, 09:55minah rempit: aku nak gantilah kucing aku tu kuhkuhkuh
11 Jun 08, 09:54minah rempit: nak free sekorrrrr
11 Jun 08, 09:54minah rempit: nak sekor free leh tak
11 Jun 08, 09:05minah rempit: leh dapat anak babi free tak..huhhuh
11 Jun 08, 09:04minah rempit: aku nak anak babi leh dapat free tak kuh..kuh..kuh
31 May 08, 00:42Harry Osbourn: UMNO tlh ditubuhkan dgn bacaan surah Yasin di Istana Besar Johor.PKR wujud dr mana?PAS wujud dr mana?DAP adlh parti kembar PPP yang m'merintah Singapore.buka mata besar2 di mana melayu Singapore skrg?
31 May 08, 00:37Harry Osbourn: orang muda patut baca sejarah.bkn terlalu ikutkan minda liberal kononnya apabila belajar tinggi sudah hebat berfikir.sedarlah sejarah mengatakan kaum lain sebenarnya tidak patut ada di tanah melayu
31 May 08, 00:34Harry Osbourn: jgn letakkan maruah bangsa melayu di tangan org yang inginkan kuasa dgn menjatuhkan parti keramat melayu UMNO yang telah membela nasib melayu sekian lama.
31 May 08, 00:32Harry Osbourn: awat org muda skrg sokong keadilan..tak baca sejrah ka?keadilan ni parti tepi jalan ja.parti yang tamakkan kuasa kononnya hebat membela nasib melayu tapi sbnarnya pengkhianat bangsa melayu
30 May 08, 17:57suparman: kalo Hassan Ali tu lelaki jawab laaaa..haramkan konsep Islam dan halalkan konsep kafir bagus dan gtahniah kepada Hassan ali
30 May 08, 17:56suparman: tetapi Menteri Besar Selangor dengan penuh angkuh mengumumkan landang ternakan babi terbesar di negara ini. mana satu yang haram
30 May 08, 17:55suparman: salam sekalian.....Islam hadari diharamkan dengan penuh angkuh oleh Hassan Ali di depan media menunjukkan bahawa Negeri Selangor tidak perlukan konsep agama Islam Hadari t
28 May 08, 16:11Atok: apa salah kan bang nuar cam babi gakkan..nyondol jer asal hajat tercapai..puas gitu
20 May 08, 23:08anak Selangor: itu pasal la aku suka sangat dgn duduk kat negeri Selagor ni, memang kaya raya dengan macam2 projek termasuklah projek ni... Trima kasih bebanyak PKR. Jasamu akan ku kenang sampai bila2.
20 May 08, 22:46aku lerrr: sesungguhnyer, rakyat negeri Selangor yang bersetuju dgn PKR harus berbangga...!!!

Wednesday, May 14, 2008

Projek Khinzir Rakyat

TERIMA KASIH kepada kerajaan pakatan rakyat kerana telah membina kandang@ladang ternakan yang terbesar&termoden di asia, banyak bisnes boleh dibuat di negeri selangor. satu bisnes yang akan popular ialah satey sepang, yang akan menjadi saingan utama kepada satey kajang. pakatan rakyat mempunyai ahli yang berbagai kaum yang dulunya makan satey kajang yang diakui HALAL dan kini saingan baru mereka ialah satay sepang yang (diakui yang terbersih dan tiada bau) dan akan dihidang kepada exco2 khasnya dan rakyat yang memberikan kepercayaan penuh kuasa memerintah kepada pakatan rakyat.

TAHNIAH kerana pakatan rakyat yang menunaikan hasrat pertama rakyat selangor selepas pilihanraya yang merupakan satu projek khas yang termoden dirantau ini. tiada kata2 lain yang boleh diungkapkan selain jutaan terima kasih. banyak lagi projek rakyat yang akan dlaksanakan maka tunggu sajalah apa pun hadiah istimewa tersebut.

PERTAHANKAN pembangunan projek ini lebih daripada anda pertahankan sultan anda, kerana sultan hanya simbol sebuah negeri. manakala projek tersebut menggunakan teknologi yang tercanggih. TANPA MENINGGALKAN BAU. babi lebih penting daripada sultan. maka teruskan hajat murni anda memberikan hadiah kemenangan kepada rakyat yang benar-benar memberikan anda kuasa yang selama ini anda idam.