Tuesday, July 15, 2008

ANTARA POPULAR DAN REALITI

Hampir semua ahli politik dan sebahagian rakyat di Malaysia melihat dan menghayati debat SATU DALAM SERIBU malam tadi antara wakil rakyat BN YB Dato' Sabry Chek dan Penasihat Parti Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Berhujah dan menyatakan kaedah perancangan berkaitan harga minyak dalam masa satu jam cukup untuk menilai kewibawaan dan perancangan masing-masing untuk mengatasi masalah tersebut dan memenangi hati rakyat.

Dato' Sabry menyatakan fakta yang cukup jelas tentang peranan kerajaan yang utama iaitu meringankan beban rakyat secara keseluruhannya manakala Dato' Seri Anwar pula cuba menerangkan kaedah yang masih samar-samar untuk menangani masalah yang melanda seluruh dunia sambil DENGAN NADA SINIS menyatakan kerajaan BN yang kurang bijak menangi isu tersebut.

Rakyat harus menyedari tiada kerajaan di dunia yang mahu melihat rakyatnya hidup dalam situasi yang kurang menyenangkan walaupun sesuatu keputusan yang diambil boleh menyebabkan keadaan kurang popular di kalangan rakyat. Kerajaan memperjuangkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi pemimpin itu sendiri.

Ketika krisis matawang melanda, Dr. M berpesan kepada Dato' Seri Anwar supaya tidak menaikkan kadar faedah sebelum berangkat ke Jepun. Bagaimanapun keesokan harinya kadar faedah di umumkan naik atas arahan Dato' Seri Anwar. Jika kadar faedah naik, orang ramai akan marah kerana jumlah hutang akan meningkat manakala perniagaan akan dilakukan secara berhati-hati akibat kenaikan kadar faedah tersebut.

Mengikut hukum ekonomi, jika sesebuah negara cuba melawan arus perubahan ekonomi dunia keadaan ekonominya akan bertahan dalam waktu yang singkat dan akan terus merudum ke tahap yang paling teruk dan tidak dapat dibayangkan. Pemulihan pula memerlukan kos yang tinggi untuk dibayar oleh rakyat serta akan mengambil waktu yang lama.

Lihatlah negara jiran Indonesia yang meminjam IMF ketika krisis matawang tersebut. Berapa ramai rakyat yang menderita, berapa ramai anak-anak yang mati kelaparan, berapa lama masa yang diambil untuk memulihkan kembali kestabilan negara. Di mana maruah pemimpin jika perancangan negara diserahkan kepada IMF untuk mentadbir negara. Di mana letaknya kedaulatan dan suara rakyat jika pemimpin yang mereka harapkan tidak mempunyai kuasa langsung merencanakan kembali pembangunan negara sendiri.

Sedarlah yang manusia dianugerahkan akal untuk berfikir ke arah kebaikan.
Tiada pemimpin yang mahu menjatuhkan Agama, bangsa dan negaranya sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Pilihlah
untuk lena seketika
atau
susah sementara

Sunday, July 6, 2008

KETUA NON MALAY VS KETUANAN MELAYU

Setiap perjuangan mempunyai pejuang dan asas yang memperjuangkannya. Pada awal penubuhannya, UMNO diperjuangkan untuk memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu sebagai asasnya di samping kesucian Kesultanan Melayu dengan watak utama sebagai asanya adalah orang-orang Melayu. Penubuhan awal PKR juga berasaskan sokongan orang-orang Melayu dengan matlamat asas membebaskan Pemimpin dari penjara dan perjuangan hak-hak orang Melayu.

Perjuangan awalnya UMNO di Istana Sultan Johor manakala PKR di Jalan-jalan raya dan masjid Jamek Kuala lumpur sebagai petanda ia memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan sokongan daripada orang-orang Melayu. UMNO ditawarkan di Istana sebagai permulaan kerana matlamat dan sokongan asasnya daripada orang-orang Melayu, PKR juga mahu mendapatkan sokongan orang-orang Melayu maka Masjid dijadikan tempat awal menyatakan pendirian bagi menarik minat orang-orang Melayu.

Dulu, Kini dan Selamanya menjadi simbolik perjuangan untuk orang-orang Melayu dari awal hingga kini. Reformasi pula menjadi bahan asas laungan PKR. PRU 12 menjadi kayu ukur sokongan orang-orang Melayu terus menyokong UMNO, PKR mendapat bantuan NON MALAY untuk menguasai beberapa negeri.

Sejarah kerajaan Islam zaman Khulafa Al-Rasyiddin menunjukkan orang-orang Islam sebagai asas segala pentadbiran dan keputusan negara, sama dengan yang diamalkan oleh negara Malaysia. Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak TIDAK mempunyai asas ini. Walaupun Selangor dan Perak mempunyai YAB Melayu tetapi sebarang keputusan TIDAK boleh dibuat oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam yang awalnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Asas perjuangan yang PKR telah jauh menyimpang kerana mahukan kuasa politik mentadbir negara. DEB dihapuskan bagi menarik sokongan pengundi NON Malay. Bila NON Malay lebih ramai jadi Exco maka keputusan mesyuarat akan ditentukan oleh NON Malay. Senang ceritanya NON Malay yang menguasai dewan-dewan di negeri yang mereka tadbir. Bagi yang pernah dan sedang bekerja dengan majikan NON Malay mereka merasa bahananya kecuali majikan yang betul-betul sayangkan aset iaitu pekerja.

Maka mereka yang berjuang bersama PKR, WAJIB memikirkan jika benteng untuk pertahankan hak-hak orang Melayu ini dihapuskan. Penyokong PKR juga WAJIB memikirkan bahawa kekurang ajaran terhadap hak-hak orang Melayu dan Institusi Kesultanan dimulakan oleh pemimpin yang mereka perjuangkan untuk menjadi PM Malaysia.

Fikirlah matlamat ASAS ini sebelum laungkan perjuangkan menyokong siapa yang anda mahukan.....