Tuesday, June 24, 2008

MEGAHNYA HINA ISLAM & MELAYU, TINGGINYA AZAM SOKONG KUFAR

YAB MB Selangor, Perak dan Kedah terang-terangan menolak Islam Hadhari dan terang-terangan juga menyatakan TIDAK akan menubuhkan negeri Islam. Bila institusi raja dicabar, YAB MB Perak berdiam diri. Bila ditanya bilakah akan menegakkan undang-undang Islam di Kedah, YAB MB Kedah juga diam. MB Selangor tak yah tanya pun tak pe.

Bila cadangan meneruskan projek ternakan BABI di Selangor oleh DAP, MB Selangor sokong, PAS lagi ke depan mempertahankannya sambil mengHARAMkan Islam Hadhari. Pembinaan masjid yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu juga telah diBATALkan kerana tidak mahu nama harum kerajaan terdahulu diteruskan.

Penduduk yang telah bertahun berharap untuk beribadah di tempat yang lebih selesa mungkin tidak kesampaian. Pelan, peruntukan dari pusat dan kelulusan lain semua telah diperolehi maka tiada masalah lagi. Inilah perjuangan PAS dan PKR yang takut dengan tuntutan DAP yang akan tarik diri jika tidak ikut cakap mereka. Matlamat negara Islam yang KONONnya diperjuangkan oleh PAS hanyalah helah politik untuk mendapat undi kerana perjuanganNYA ISLAM @SELAM
JIKA mereka betul-betul perjuangkan ISLAM maka mati syahid adalah matlmatnya tapi ... lu fikirlah sendiri .......... 50 tahun menunggu nak perintah dan nak bergelar YB @ YAB

Bila YAB MB Perak bercakap dikhalayak ramai, penyokong PR terus bersorak kerana sekarang mereka bebas berceramah sebab dinaikan taraf dari penceramah bebas. Ucapan hanya untuk menyedapkan hati orang-orang Melayu tapi DAP terus menukar itu dan ini bagi kesenangan mereka. Nak berkongsi dengan orang Melayu @ menukarkan kepada negara Islam, LANGKAH MAYAT KU DULU.... ( Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ). Maka biarlah MELAYU-MELAYU ini menang sorak biar semuanya tergadai.

Bila Karpal Singh bercakap menentang Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu dan mencabar Institusi Raja, barisan YB-YB dari Pakatan Rakyat diam aje. Tak berani nak lawan. Sopan santun tatasusila Melayu yang dipraktiskan sejak turun temurun dituruti. Biar Melayu hilang semuanya bagi kepada rakyat. Apakah mereka sedar yang mereka jaguh dikedai kopi sahaja. Rakyat tu siapa!!!! Melayu dah kuat ke nak bertanding dengan kaum lain.

Melayu takut kerana ramai YB DAP peguam, maka tutup mulut adalah jalan terbaik bagi Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim bercita-cita jadi PM bulan September ini. Mat Sabu dan Karpal Singh yang pertama mahu membuka skandal Anwar pada 1998 telah menjadi penyokong kuat beliau. Mat Sabu sebagai Tong Kosong tak payah diambil peduli, bertanding pun kalah, Karpal Singh menyokong kerana ada sebab lain.

DITAKDIRKAN Anwar Ibrahim jadi PM, semua tuntutan DAP akan dituruti kerana banyak sangat bukti yang ada pada beliau untuk menggugut Anwar. Pada waktu itu, orang-orang Melayu tak perlu risau kerana semuanya telah tergadai, perjuangkanlah Parti Rakyat untuk kesenangan sekarang, biarlah anak cucu kencing@berak dikubur kita kerana marahkan kesenangan pada hari ini.

Isu Minyak naik, semua marah tapi sedarkah kita.......

BILA BAPA SENANG, SEMUA ANAK-ANAK MEMUJI,
BILA BAPA SUSAH ADAKAH ANAK-ANAK TAK BOLEH SAMA-SAMA MENANGGUNGNYA

Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor dengan tiada kesalahan kerajaan terdahulu didedahkan. Pegawai khasnya pula diarahkan bercuti 2 bulan ( sebelum meletak jawatan ) kerana terlibat dengan pemberian kontrak secara terus kepada syarikat kroninya dan MB baru menyatakan tiada pemberian kontrak secara terus dilakukan sebelum BPR mengumumkan hasil siasatannya.

Di Perak pun perkara yang hampir sama berlaku, pada sidang Dewan Undangan Negeri baru bersidang pagi ini, Exco menyatakan pemberian bantuan makanan dan wang kepada rakyat miskin tegar dan ibu tunggal dibagi secara kontrak. Manakala YAB MB pula menyatakan kontrak diberi secara terus kepada 2 syarikat. Desakan daripada Exco BN untuk mengetahui syarikat mana yang memperolehinya ...... NO ANSWER ....

Inilh kerajaan telus yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat,
Bila kuasa ditangan, janji dilupai
Bila kuasa ditangan, biarlah jadi boneka
Bila kuasa ditangan, macam-macam boleh buat
Sudah 50 tahun menunggu, BILA KUASA SUDAH DITANGAN

Monday, June 16, 2008

TERHALALNYA kandang BABI & TERHARAMNYA ISLAM HADHARI

Dengan rasa ANGKUH, BONGKAK DAN SOMBONGNYA Exco Agama Selangor Dr. Hassan Ali telah mengharamkan Islam Hadhari berkuatkuasa serta merta kerana baginya penggunaan Islam Hadhari itu banyak mengelirukan umat Islam di Selangor. Orang-orang MELAYU ISLAM bersorak kerana pengharaman tersebut. Exco ini juga menyokong penuh projek ternakan Sepang International BABI FARM yang bernilai RM100 juta dan sekali lagi orang-orang MELAYU ISLAM menyokong penuh perlaksanaan projek tersebut.

Ketiga-tiga parti yang menganggotai Parti Rakyat begitu yakin kerana kesannya adalah untuk rakyat yang selama ini menyokong penuh perjuangan untuk RAKYAT SELANGOR. Terima kasih Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah meluluskan pelaburan dari luar tersebut untuk meningkatkan ekonomi rakyat Selangor. UNTUNGNYA untuk semua rakyat yang memakan daging BABI HALAL tersebut.

Orang-orang MELAYU ISLAM tidak perlu berpindah kerana akan memudaratkan ekonomi mereka, MAKA ambillah peranan yang aktif bagi keuntungan anak cucu akan datang kerana pendapatannya HALAL jika kebersihan lahiriah mengikut standart antarabangsa.

Marilah PEMIMPIN-PEMIMPIN besar Parti Rakyat Selangor kita berikan yang terbaik untuk generasi akan datang supaya mereka TIDAK mengenal yang mana asal usul mereka, HALAL & HARAM hanya perjuangan sementara untuk menjual, menggadai dan apa saja demi mendapatkan kuasa memerintah Selangor dan Malaysia. SYABAS RAKYAT SELANGOR DAN MALAYSIA.
11 Jun 08, 12:06anak sedar: ini agenda tersembunyi...percayalah bhw pembangkang akan tarik balik proj ini untuk menunjukkan kebaikan mereka.untuk 3 tahun lagi melayu akan lupa 'jenayah pembangkang ini.....sedarrrlah
11 Jun 08, 10:00hamba sedar: kenapa nak besar-besarkan isu.masa korang dulu tak pe plak...
11 Jun 08, 09:55minah rempit: aku nak gantilah kucing aku tu kuhkuhkuh
11 Jun 08, 09:54minah rempit: nak free sekorrrrr
11 Jun 08, 09:54minah rempit: nak sekor free leh tak
11 Jun 08, 09:05minah rempit: leh dapat anak babi free tak..huhhuh
11 Jun 08, 09:04minah rempit: aku nak anak babi leh dapat free tak kuh..kuh..kuh
31 May 08, 00:42Harry Osbourn: UMNO tlh ditubuhkan dgn bacaan surah Yasin di Istana Besar Johor.PKR wujud dr mana?PAS wujud dr mana?DAP adlh parti kembar PPP yang m'merintah Singapore.buka mata besar2 di mana melayu Singapore skrg?
31 May 08, 00:37Harry Osbourn: orang muda patut baca sejarah.bkn terlalu ikutkan minda liberal kononnya apabila belajar tinggi sudah hebat berfikir.sedarlah sejarah mengatakan kaum lain sebenarnya tidak patut ada di tanah melayu
31 May 08, 00:34Harry Osbourn: jgn letakkan maruah bangsa melayu di tangan org yang inginkan kuasa dgn menjatuhkan parti keramat melayu UMNO yang telah membela nasib melayu sekian lama.
31 May 08, 00:32Harry Osbourn: awat org muda skrg sokong keadilan..tak baca sejrah ka?keadilan ni parti tepi jalan ja.parti yang tamakkan kuasa kononnya hebat membela nasib melayu tapi sbnarnya pengkhianat bangsa melayu
30 May 08, 17:57suparman: kalo Hassan Ali tu lelaki jawab laaaa..haramkan konsep Islam dan halalkan konsep kafir bagus dan gtahniah kepada Hassan ali
30 May 08, 17:56suparman: tetapi Menteri Besar Selangor dengan penuh angkuh mengumumkan landang ternakan babi terbesar di negara ini. mana satu yang haram
30 May 08, 17:55suparman: salam sekalian.....Islam hadari diharamkan dengan penuh angkuh oleh Hassan Ali di depan media menunjukkan bahawa Negeri Selangor tidak perlukan konsep agama Islam Hadari t
28 May 08, 16:11Atok: apa salah kan bang nuar cam babi gakkan..nyondol jer asal hajat tercapai..puas gitu
20 May 08, 23:08anak Selangor: itu pasal la aku suka sangat dgn duduk kat negeri Selagor ni, memang kaya raya dengan macam2 projek termasuklah projek ni... Trima kasih bebanyak PKR. Jasamu akan ku kenang sampai bila2.
20 May 08, 22:46aku lerrr: sesungguhnyer, rakyat negeri Selangor yang bersetuju dgn PKR harus berbangga...!!!