Monday, December 22, 2008

ANTARA KEKUASAAN DAN PERJUANGAN

Masih hangat lagi manifesto Pilihanraya Pakatan Rakyat yang mahu perjuangkan hak-hak rakyat sebelum BERKUASA, manakala selepas tercapai hajatnya maka segala manifesto diciptakan pula berbagai alasan untuk TIDAK perjuangkannya.

Inilah hakikat sebenar yang terus menerus diperlihatkan oleh Kerajaan PAKATAN di Perak contohnya, selepas banyak tanah-tanah dan kelonggaran lain diberikan kepada pihak yang banyak memenangi kerusi DUN, maka kerajaaan BONEKA PAS berterusan memberikan segala macam insentif yang kononnya untuk pembangunan rakyat jelata.

EXCO semacam melepaskan dendam untuk tidak menggunakan kereta buatan Malaysia. Toyota Camry 2.4 menjadi pilihan untuk kegunaan rasmi Kerajaan PAKATAN. Menafikan hak Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi adalah satu penafian hak kepada rakyat Malaysia untuk membantu memajukan lagi industri kenderaan tempatan.

Kalau dikritik kerajaan PAKATAN, akan dijawab masih baru memerintah MAKA industri kenderaan tempatan juga masih baru untuk bersaing dengan teknologi dan kemajuan yang dicapai oleh industri negara Matahari Terbit ini. DAN kenderaan Toyota Camry 2.4 ini telah pun ditolak cukai & eksais jika digunakan oleh kerajaan. DI MANAKAH pendapatan untuk kerajaan Malaysia yang YAB Perak katakan, kami bukan budak sekolah yang tak tahu hujung pangkal cerita sebenar dan kebenaran akan terbukti akhirnya.

Jelas sekali matlamat untuk membantu rakyat TIDAK terlaksana jika KUASA yang ada digunakan untuk kepuasan individu.

KERETA : percuma
MINYAK : percuma
PEMANDU : percuma
SERVICE : percuma

Negara kebajikan HANYA UNTUK..............................
wakil rakyat yang PERJUANGKAN RAKYAT

RAKYAT hanya digunakan untuk BERJUANG
WAKIL RAKYAT menggunakan rakyat untuk BERKUASA

KEMBALIKAN KUASA RAKYAT YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT

..........................bukan kerajaan rakyat.............................
tapi...............perjuangan untuk..........................rakyat