Tuesday, February 3, 2009

KUASA SIAPA

Kelam kabut minggu ini dengan tindakan 2 Adun PKR di dalam PAKATAN. YAB Menteri Besar terus umumkan mereka dilucutkan jawatan Exco Perak. Tak yah datang meting Exco dan DUN Perak.

HA HA HA, aku kan MB, aku boleh buat apa aku suka.
HA HA HA, masa inilah aku nak tunjukkan kuasa aku
HA HA HA, padan muka kau Melayu, berani tak ikut kata aku

Bila berdepan dengan tindakan sesama warna kulit (walau tak sama jenis darah keturunan) MB PAS akan mengambil tindakan yang lebih kurang sama dengan apa yang mereka kata terhadap BN dulu. Tak perjuangankan bangsa sendiri.

Perlembagaan dah nyatakan, orang-orang Melayu itu ISLAM tetapi kenapa nak pertikaikan lagi ISLAMnya orang-orang UMNO. Maka dapat dilihat pemberontakan dari dalaman yang melibatkan penyokong yang masih berpegang kepada prinsip untuk perjuangkan Islam. Mereka persoalkan tindakan bekerjasama dengan orang Kafir DAP dan sekarang terbukti dengan pelucutan jawatan EXCO PKR yang semestinya ISLAM.

Dari awal lagi sebahagian penyokong PAS meragui pegangan MB PAS dalam menegakkan negeri Islam di Perak. Masa berkempen berapi-api menyatakan mahu menegakkan hukum hudud, siapa yang tak buat, menentang Islam. Dulu orang-orang UMNO yang mereka kafirkan maka siapa yang kafir sekarang.

Masjid yang dibina oleh kerajaan BN dianggap tidak sah ibadah kerana menggunakan duit yang tak tentu asalnya. Sekarang makin kuat ceramahnya di masjid-masjid terpilih dan telah dijadikan pusat operasi atau markas mereka.

Insaflah pemimpin dan penyokong PAS, Islam mengajak ke arah kebaikan tanpa memecahbelahkan bangsa dan agama. PKR sudah berkiblatkan Amerika dan India. Siapa lagi yang akan perjuangkan bangsamu yang jelas beragama Islam.

Mahu tunggu menjadi hamba di negara sendiri baru nak sedar KAH
Mahu hilang kuasa baru nak bersatu KAH
Mahu anak-anak hilang pedoman baru mencari kesedaran KAH
Mahu keluarga kacau bilau baru nak bekerjasama KAH
Mahu semuanya hilang baru nak cari bomoh tilik KAH
Mahu jadi peminta sedekah baru nak cari peluang KAH
Mahu dihalau dinegeri sendiri baru nak cari tanah KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Akhirnya orang-orang lain yang ketawakan kita
Kerana kita tidak sedar semuanya telah TIADA