Tuesday, July 15, 2008

ANTARA POPULAR DAN REALITI

Hampir semua ahli politik dan sebahagian rakyat di Malaysia melihat dan menghayati debat SATU DALAM SERIBU malam tadi antara wakil rakyat BN YB Dato' Sabry Chek dan Penasihat Parti Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Berhujah dan menyatakan kaedah perancangan berkaitan harga minyak dalam masa satu jam cukup untuk menilai kewibawaan dan perancangan masing-masing untuk mengatasi masalah tersebut dan memenangi hati rakyat.

Dato' Sabry menyatakan fakta yang cukup jelas tentang peranan kerajaan yang utama iaitu meringankan beban rakyat secara keseluruhannya manakala Dato' Seri Anwar pula cuba menerangkan kaedah yang masih samar-samar untuk menangani masalah yang melanda seluruh dunia sambil DENGAN NADA SINIS menyatakan kerajaan BN yang kurang bijak menangi isu tersebut.

Rakyat harus menyedari tiada kerajaan di dunia yang mahu melihat rakyatnya hidup dalam situasi yang kurang menyenangkan walaupun sesuatu keputusan yang diambil boleh menyebabkan keadaan kurang popular di kalangan rakyat. Kerajaan memperjuangkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi pemimpin itu sendiri.

Ketika krisis matawang melanda, Dr. M berpesan kepada Dato' Seri Anwar supaya tidak menaikkan kadar faedah sebelum berangkat ke Jepun. Bagaimanapun keesokan harinya kadar faedah di umumkan naik atas arahan Dato' Seri Anwar. Jika kadar faedah naik, orang ramai akan marah kerana jumlah hutang akan meningkat manakala perniagaan akan dilakukan secara berhati-hati akibat kenaikan kadar faedah tersebut.

Mengikut hukum ekonomi, jika sesebuah negara cuba melawan arus perubahan ekonomi dunia keadaan ekonominya akan bertahan dalam waktu yang singkat dan akan terus merudum ke tahap yang paling teruk dan tidak dapat dibayangkan. Pemulihan pula memerlukan kos yang tinggi untuk dibayar oleh rakyat serta akan mengambil waktu yang lama.

Lihatlah negara jiran Indonesia yang meminjam IMF ketika krisis matawang tersebut. Berapa ramai rakyat yang menderita, berapa ramai anak-anak yang mati kelaparan, berapa lama masa yang diambil untuk memulihkan kembali kestabilan negara. Di mana maruah pemimpin jika perancangan negara diserahkan kepada IMF untuk mentadbir negara. Di mana letaknya kedaulatan dan suara rakyat jika pemimpin yang mereka harapkan tidak mempunyai kuasa langsung merencanakan kembali pembangunan negara sendiri.

Sedarlah yang manusia dianugerahkan akal untuk berfikir ke arah kebaikan.
Tiada pemimpin yang mahu menjatuhkan Agama, bangsa dan negaranya sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Pilihlah
untuk lena seketika
atau
susah sementara