Tuesday, February 10, 2009

PAKATAN HURU HARAKAN RAKYAT

Sudah seminggu konflik politik berterusan di Perak. Penyokong PAKATAN tidak menyedari mereka digunakan pemimpin mereka untuk kepentingan peribadi. Bukan kepentingan dan perjuangan untuk RAKYAT seperti yang dicanangkan.

Rakyat dah letih, jemu, bosan, benci dan meluat dengan kemelut ini. Apalagi yang PAKATAN nak buat di Perak. Kalau sebelum 08 Mac 2008, mereka boleh membangkang apa saja kerana itu tugas mereka tetapi sudah 11 bulan mentadbir masih lagi melakukan perkara yang sama. Asyik ceramah setiap malam, berpolitik sana sini tetapi kebajikan RAKYAT masih lagi terabai.

RAKYAT dah letih berpolitik, tak tidur malam, tinggalkan anak isteri, kerja pun ditinggalkan, tiada rehat, cuti pun kena kerja, silap esok anak isteri lari, kerja pun kena buang, duit habis. Pemimpin PAKATAN tetap tersenyum kerana simpanan mereka banyak macam selalu tak luak pun. Selepas konflik ini reda, hanya rakyat yang perlu bina balik kerjaya mereka.

RAKYAT yang perlu mencari sendiri rezeki yang tak tahu ke mana lagi nak dicari. Pemimpin tak akan penuhi semua tuntutan ini kerana RAKYAT yang menyokong telah lama di terap perjuangan untuk menegakkan Agama. Maka kerja FREE OF CHARGE.

RAKYAT juga yang susah.
Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang,
Yang SUSAHnya RAKYAT dan Yang SENANGnya PEMIMPIN

ALLAH dah berikan peluang mentadbir
ALLAH dah berikan peluang membela RAKYAT
ALLAH dan berikan MASA untuk tunjukkan KEBENARAN
ALLAH dah berikan KEMENANGAN untuk PAKATAN
ALLAH Maha mengetahui segala sesuatu
Dengan kehendakNya sesebuah kerajaan itu berakhir
Terimalah ketetapan Qadak & Qadar Ilahi

PAKATAN RAKYAT JANGAN SUSAHKAN RAKYAT