Tuesday, June 24, 2008

MEGAHNYA HINA ISLAM & MELAYU, TINGGINYA AZAM SOKONG KUFAR

YAB MB Selangor, Perak dan Kedah terang-terangan menolak Islam Hadhari dan terang-terangan juga menyatakan TIDAK akan menubuhkan negeri Islam. Bila institusi raja dicabar, YAB MB Perak berdiam diri. Bila ditanya bilakah akan menegakkan undang-undang Islam di Kedah, YAB MB Kedah juga diam. MB Selangor tak yah tanya pun tak pe.

Bila cadangan meneruskan projek ternakan BABI di Selangor oleh DAP, MB Selangor sokong, PAS lagi ke depan mempertahankannya sambil mengHARAMkan Islam Hadhari. Pembinaan masjid yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu juga telah diBATALkan kerana tidak mahu nama harum kerajaan terdahulu diteruskan.

Penduduk yang telah bertahun berharap untuk beribadah di tempat yang lebih selesa mungkin tidak kesampaian. Pelan, peruntukan dari pusat dan kelulusan lain semua telah diperolehi maka tiada masalah lagi. Inilah perjuangan PAS dan PKR yang takut dengan tuntutan DAP yang akan tarik diri jika tidak ikut cakap mereka. Matlamat negara Islam yang KONONnya diperjuangkan oleh PAS hanyalah helah politik untuk mendapat undi kerana perjuanganNYA ISLAM @SELAM
JIKA mereka betul-betul perjuangkan ISLAM maka mati syahid adalah matlmatnya tapi ... lu fikirlah sendiri .......... 50 tahun menunggu nak perintah dan nak bergelar YB @ YAB

Bila YAB MB Perak bercakap dikhalayak ramai, penyokong PR terus bersorak kerana sekarang mereka bebas berceramah sebab dinaikan taraf dari penceramah bebas. Ucapan hanya untuk menyedapkan hati orang-orang Melayu tapi DAP terus menukar itu dan ini bagi kesenangan mereka. Nak berkongsi dengan orang Melayu @ menukarkan kepada negara Islam, LANGKAH MAYAT KU DULU.... ( Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ). Maka biarlah MELAYU-MELAYU ini menang sorak biar semuanya tergadai.

Bila Karpal Singh bercakap menentang Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu dan mencabar Institusi Raja, barisan YB-YB dari Pakatan Rakyat diam aje. Tak berani nak lawan. Sopan santun tatasusila Melayu yang dipraktiskan sejak turun temurun dituruti. Biar Melayu hilang semuanya bagi kepada rakyat. Apakah mereka sedar yang mereka jaguh dikedai kopi sahaja. Rakyat tu siapa!!!! Melayu dah kuat ke nak bertanding dengan kaum lain.

Melayu takut kerana ramai YB DAP peguam, maka tutup mulut adalah jalan terbaik bagi Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim bercita-cita jadi PM bulan September ini. Mat Sabu dan Karpal Singh yang pertama mahu membuka skandal Anwar pada 1998 telah menjadi penyokong kuat beliau. Mat Sabu sebagai Tong Kosong tak payah diambil peduli, bertanding pun kalah, Karpal Singh menyokong kerana ada sebab lain.

DITAKDIRKAN Anwar Ibrahim jadi PM, semua tuntutan DAP akan dituruti kerana banyak sangat bukti yang ada pada beliau untuk menggugut Anwar. Pada waktu itu, orang-orang Melayu tak perlu risau kerana semuanya telah tergadai, perjuangkanlah Parti Rakyat untuk kesenangan sekarang, biarlah anak cucu kencing@berak dikubur kita kerana marahkan kesenangan pada hari ini.

Isu Minyak naik, semua marah tapi sedarkah kita.......

BILA BAPA SENANG, SEMUA ANAK-ANAK MEMUJI,
BILA BAPA SUSAH ADAKAH ANAK-ANAK TAK BOLEH SAMA-SAMA MENANGGUNGNYA

Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor dengan tiada kesalahan kerajaan terdahulu didedahkan. Pegawai khasnya pula diarahkan bercuti 2 bulan ( sebelum meletak jawatan ) kerana terlibat dengan pemberian kontrak secara terus kepada syarikat kroninya dan MB baru menyatakan tiada pemberian kontrak secara terus dilakukan sebelum BPR mengumumkan hasil siasatannya.

Di Perak pun perkara yang hampir sama berlaku, pada sidang Dewan Undangan Negeri baru bersidang pagi ini, Exco menyatakan pemberian bantuan makanan dan wang kepada rakyat miskin tegar dan ibu tunggal dibagi secara kontrak. Manakala YAB MB pula menyatakan kontrak diberi secara terus kepada 2 syarikat. Desakan daripada Exco BN untuk mengetahui syarikat mana yang memperolehinya ...... NO ANSWER ....

Inilh kerajaan telus yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat,
Bila kuasa ditangan, janji dilupai
Bila kuasa ditangan, biarlah jadi boneka
Bila kuasa ditangan, macam-macam boleh buat
Sudah 50 tahun menunggu, BILA KUASA SUDAH DITANGAN