Thursday, October 30, 2008

BERSYUKURLAH DENGAN REZEKI MINYAK

Masih lagi tak insaf apabila kebanyakan dari tahun-tahun pembesaran sendiri dan anak-anak dibesarkan daripada hasil subsidi daripada PETRONAS. Sejak tahun 1974 jumlah pemberian cukai, royalti, duti eksport dan dividen sebanyak RM357.85 billion telah diberikan kepada kerajaan. Jumlah sebanyak inilah digunakan untuk pembangunan pendidikan kita dan anak-anak, penyediaan kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik, ubatan-ubatan serta pembangunan yang kita kecapi selama ini. ( Jalan raya, balairaya, lampu jalan, longkang, jambatan, bas, keretapi, sekolah rendah, menengah, universiti dll......)

Tak kira di kampung, pekan atau bandar semua lapisan masyarakat merasai nikmat kehidupan hasil sumbangan PETRONAS. Masih sebagai manusia yang telah dijadikan dengan sifat bernafsu untuk merasai nikmat kesenangan dan tidak mahu susah maka, sifat bersyukur hanyalah ungkapan di bibir semata bukannya daripada hati yang ikhlas atas nikmat yang telah dinikmati.

Zaman sekarang manusia lebih suka mengatakan kesilapan dan kesalahan daripada membandingkan apa-apa kebaikan yang telah diperolehi selama ini. Kesalahan orang lain diperbesar dan disebarluaskan manakala pemberian dan nikmat yang diperolehi tidak dipandang langsung barangkali.

Manusia-manusia yang TIDAK MAHU bersyukur dengan nikmat yang diperolehi wajar dinilaikan semula diri sendiri daripada mengatakan orang lain. Harga minyak bukan kita yang tentukan, harga pisang goreng bukan peniaga yang tentukan, harga pucuk paku, lemang dan ketupat bukan kita yang tentukan juga. Kalau barang yang dihasilkan dalam kampung sendiri pun bukan kita yang menentukan harganya maka gunakanlah kebijaksanaan akalmu untuk menilai segala apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah. Jika Amerika sendiri yang KAYA RAYA pun tidak MAMPU menentukan kestabilan ekonominya maka fikirkanlah beberapa kali keupayaan negara Malaysia untuk menghadapi situasi yang melanda seluruh dunia jika kita sendiri yang tidak bersedia dan bersepakat menghadapinya.

Lembu NAIK MINYAK, Lembu TUMBANG
Kerbau NAIK MINYAK, Kerbau TUMBANG
Negara NAIK MINYAK, ...........................................adakah kita mahu negara tercinta akan tumbang jika kesepakatan sudah tiada untuk menahannya

Fikirlah untuk kebaikan Agama, bangsa dan negara serta ANAK-ANAK KITA